Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT yang telah
mengurniakan kita dengan nikmat-Nya setiap hari. Dengan nikmat-Nya juga pada
hari ini kita dapat melaksanakan pelbagai tugasan serta tanggungjawab yang
telah diamanahkan Nya kepada kita. Syukur.
Insyaallah, pada entri kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai satu topik yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita iaitu menjaga KEBERSIHAN.
Seperti yang kita tahu, Islam menyeru kepada semua umat
Islam untuk membersihkan diri. Kesucian ada dua jenis, iaitu fizikal dan
rohani. Islam sangat menegaskan umat Islam betapa pentingnya menjaga
kebersihan diri kerana ia telah ditekankan dalam al-Quran serta Hadis.
Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan
orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Maka dengan itu, jelaslah bahawa kebersihan adalah sangat
dituntut dalam Islam. Ini kerana kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman
kepada Allah ialah menjaga kebersihan, sama ada kebersihan terhadap dirinya
sendiri mahupun perkara yang berhubungan dengan dirinya seperti bilik, halaman
rumah, pakaian, makanan dan juga tempat belajar. Namun begitu, adakah kita tahu
bagaimanakah cara yang betul dalam menjaga kebersihan diri?
Sekiranya anda masih lagi tidak mempunyai kefahaman yang
jelas dalam cara menjaga kebersihan diri, di sini ingin saya berkongsi serba
sedikit tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dan juga kebersihan tempat
tnggal kita agar sentiasa terhindar daripada segala kekotoran termasuklah najis
yang boleh membatalkan sahnya sesuatu ibadah kita kepada Allah S.W.T.
CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Secara umumnya,menjaga kebersihan diri secara fizikal adalah
dengan memastikan bahawa setiap anggota badan kita berada dalam keadaan baik,
terurus, kemas dan bersih. Selain itu, kebersihan dalam berpakaian juga
termasuk dalam menjaga kebersihan diri. Oleh itu :
1) Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
-Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan) dan bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
-Potong kuku paling kurang 1 kali seminggu.
2) Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
2) Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
- Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur
dengan cara yang betul.
- Elakkan makan makanan minuman yang terlalu panas atau
terlalu sejuk.
- Elakkan makan makanan yang boleh merosakkan gigi seperti makanan-makanan manis dan berkarbonat
- Berjumpa doktor gigi secara rutin.
- Elakkan makan makanan yang boleh merosakkan gigi seperti makanan-makanan manis dan berkarbonat
- Berjumpa doktor gigi secara rutin.
3) Cara menjaga kebersihan badan
- Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali
sehari dengan menggnakan sabun dan air bersih.
- Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.
- Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.
4) Cara menjaga kebersihan rambut dan kepala
- Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2
kali seminggu)
- Potong dan sisir rambut agar
terlihat rapi.
-Elakkan rambut daripada terkena jangkita kutu dan kelemumur
-Elakkan rambut daripada terkena jangkita kutu dan kelemumur
Dalam Islam telah disyariatkan perintah menjaga
kebersihan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani yang
membawa maksud kepada umat Islam sentiasa bersih, harum, wangi, kemas
dan ceria dalam kehidupan sehari-harian.
Sebahagian daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Mandi itu adalah sebahagian wajib ke atas setiap orang
Islam yang mana pada setiap tujuh ahri satu har daripadanya wajib membasuh
kepala dan jasmaninya".
Sabdanya lagi yang bermaksud:
'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu
berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan
mencabut bulu ketiak”. (HR At- Thabrani)
5) Cara menjaga kebersihan pakaian
- Elakkan memakai pakaian yang telah dipakai
- Basuh pakaian yang telah dipakai bagi mngelakkan daripada berbau dan dijangkiti kuman.
- Pastikan alatan keperluan yang dipakai dalam keadaan bersi sebelum dipakai
- Basuh pakaian yang telah dipakai bagi mngelakkan daripada berbau dan dijangkiti kuman.
- Pastikan alatan keperluan yang dipakai dalam keadaan bersi sebelum dipakai
CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL
1)pastikan rumah sentiasa bersih daripada masalah sampah
sarap yang boleh menjadi tempat pembiakkan kuman.Bagi menjamin kebersihan persekitaran
pembuangan sampah khas hendaklah disediakan oleh setiap rumah.
2) Keadaan sekeliling rumah juga perlulah bersih untuk
memastikan agen pembawa penyakit seperti lalat, lipas dan nyamuk tidak membiak.
3)Keadaan longkang dan parit yang tidak dipelihara dengan
baik sudah tentu akan menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar. Oleh itu
sentiasalah kita membersihkan tempat-tempat takungan air dan elakkan membuang
sisa buangan ke dalam longkang atau parit.
4) Untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih,
cantik dan harmoni bolehlah halaman rumah atau persekitaran kita dihiasi
dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang cantik dan menghijau.
KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN
Untuk mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan kuman
mewujudkan suasana yang indah dan menenagkan
menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar